Tomorrow we are going to PNP family day. lets go everyone.
UPDATE
Here are the photos for yesterday family day. For those who were not be able to attend it, just enjoy these pictures :).
Later Puyol will write summary details of the whole event.or ema perhaps hehe. By the way, it was a good family day. Thanks to Azmel Zaa (Puyol), Peja, Been and Fathin as the event committee.
Report By: Puyol
Coretan sekadar hiburan
24 Februari 2008 adalah sebuah tarikh yang pasti tercatat di dalam diari setiap ahli department PnP YEC. Kami seramai 20 orang telah berkumpul di V2 Café terlebih dahulu seawal jam 7.00 pagi. Penghargaan wajar diberikan kepada Hazwan, Nisah dan Enol yang tiba menunggu seawal jam 6.45 pagi lagi. Berdisiplin sungguh! Mungkin makanan tambahan menjadi ganjaran pada golongan terawal pada fikiran mereka. Tak kisahlah. Tetapi Peja dan Fatin, ehem.
Barangan keperluan diperiksa. Kehadiran disemak semula. Seorang daripada ahli kami sedikit tewas nampaknya dibuai manja dek lunak mimpi nan indah diselubung selimut dan tilam yang empuk. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengejut beliau. Perjalanan kami tertunda hampir 45 minit. Selaku Projek Manager, Puyol telah membuat keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepada Kemey untuk memaklumkan bahawa kami terpaksa bertolak tanpa kehadiran beliau. Maka, 6 buah kereta rombongan termasuk sebuah kereta pasangan bahagia Bean dan Aein siap sedia untuk bertolak.
Lokasi family day didedahkan, Lubuk Timah, Simpang Pulai. Semuanya nampak bingung. Entah ceruk manalah agaknya Lubuk Timah itu pada fikiran mereka. Tidak pernah dengar pun. Pejan tampak sedikit resah, diiringi wajah Diana yang gementar, khuatir jika lokasi yang dipilih tidak menjanjikan kepuasan yang digembar-gemburkan.
*****************************************************************************************
Sepanjang perjalanan, Keane kelihatan sungguh sugul. Mungkin akibat daripada pemandangan sepanjang perjalanan yang tidak sedap dipandang. Kilang tepung, belukar. Ah, berhantu agaknya Lubuk Timah ini fikir beliau. Namun Peja ringkas memberikan kata-kata semangat.
“Ah ko drive jela Keane.” Pujuk Peja dengan sinis. Keane menjeling seribu makna. Dendam.
*************************************************************************************************************
Setibanya di Lubuk Timah pada jam 9.00 pagi, Aishah bagai hilang pedoman. Bukan main gembira lagi melihat keindahan hutan. Kegembiraan Aishah disokong oleh Aida, peserta paling berani dalam sejarah Family Day PnP. Sesi memunggah barang dijalankan. Kredit kepada Syah,Emma dan Atin yang memberi komitmen terbaik dalam mengangkat barangan. Namun tiada makanan tambahan percuma juga untuk mereka. Tiada dalam perjanjian. Harap maklum.
Kami bersarapan lebih kurang pada jam 9.20 pagi. “Sandwich Sardin Layan Diri” menjadi hidangan utama. Puyol selaku Projek Manager memerhatikan dari jauh gelagat peserta event anjuran beliau. Sikap berpuak-puak masih kelihatan, terutamanya golongan junior dan senior dalam department. Puyol dan HiCom Family Day berharap sesi taaruf, permainan dan mandi-manda yang akan dijalankan sebentar nanti akan memecahkan dinding pergaulan antara ahli. Insya-Allah.
************************************************************************************************************************
Taaruf berjalan dengan baik sekali. Semua peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing melalui cabutan bola yang tercatat nama mereka. A mencabut bola bernama B, maka A akan memperkenalkan diri dan B akan bersedia untuk giliran seterusnya. Intipati taaruf yang lain daripada yang lain membuatkan peserta-peserta terhibur dan ketawa hingga kering gusi. Syuhada hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja. 4 lensa kamera menjadi saksi telatah peserta dan diabadikan dalam gambar. Kemesraan sudah mula terjalin melalui sesi ini. Misi untuk mengeratkan ukhwah kian tercapai. Enol tersipu-sipu tanpa sebab.
Sesi permainan diketuai oleh Bean selaku Assistant Manager untuk Family Day kali ini bermula. Peserta diagihkan kepada 4 kumpulan mengikut warna bola yang diperolehi ketika sesi taaruf. Peserta dikehendaki memulangkan bola kepada pemilik sebenar berpandukan nama yang tercatat pada bola tersebut.
Permainan pertama, pertandingan lumba membawa bola ping-pong dalam sudu berganti-ganti secara merangkak merentasi sungai. Dalam permainan ini, dapat dilihat betapa gigih Sol selaku ketua kumpulan bola biru,hingga mampu membantu pasukannya muncul sebagai pemenang. Syah tidak puas hati. Pasukan biru tidak wajar menang. Pasukan Syah iaitu bola jingga pula begitu berbangga dengan keputusan “disqualified group” akibat cubaan bertindak bijak dengan membawa bola ping-pong dalam mulut tanpa menggunakan sudu.
****************************************************************************************************************************
Permainan kedua, perang belon air. HiCom menjadi judge. Kali ini Bean bertindak romantik dengan membantu Aein dari pasukan bola biru. Sol selaku ketua pasukan bola biru tidak mahu menjadi orang ketiga dengan menghalang ikatan cinta Bean dan Aein. HiCom juga tidak ada masalah untuk itu. Aein tersipu-sipu bersebab.
Peserta diberi masa selama 38 saat untuk mengisi air didalam belon. Sekiranya pasukan gagal menyediakan bom sebanyak mungkin dalam masa 38 saat, maka peluang mereka untuk kalah adalah cerah. Peperangan berlangsung dengan meriah sekali. Misi kami tercapai ketika ini. Semua peserta sangat bekerjasama dan bergembira dengan peperangan, terutamanya Keane dan Enol. Mereka mempunyai gaya tersendiri untuk memenangi pertandingan. Namun, kesemua pasukan telah pun “disqualified”. Maka tiada pemenang. Emma begitu marah sekali tetapi apakan daya. Sekiranya beliau marah, makanan tidak akan diberikan.
****************************************************************************************************************************
Peserta dibenarkan mandi di air terjun berhampiran. Kesemuanya kelihatan sangat gembira bermain dan bergelak-tawa. Misi HiCom untuk mengeratkan ukhwah tercapai. Tidak nampak lagi semangat berpuak dikalangan peserta. Kesemuanya dibuat beramai-ramai secara gembira dan bersama. Puyol tidak turun mandi bersama. Beliau khuatir jika tiada orang yang menguruskan makanan, alamat berteraburlah semuanya nanti.
*****************************************************************************************************************************
Selepas menyalin pakaian, peserta-peserta makan tengahari. Di sini kami dapat melihat betapa penatnya Projek Manager sehingga tergamak menghabiskan bahagian makanan Kemey yang tidak dapat hadir sama. Mungkin beliau memendam rasa tidak dapat mandi air terjun. Seterusnya adalah ucapan daripada Nisah dan Enol, selaku orang kuat dalam YEC. Penyampaian hadiah dan cenderahati berjalan dengan baik dan lancar.
Family Day yang kami jalankan tidak menitik beratkan kos yang tinggi, tempat yang “grand” atau sebarang faktor lain untuk menjadikan ianya MENARIK. Tetapi kami “memanipulasikan” pergaulan para peserta dan aktiviti yang sesuai dengan personaliti mereka dalam usaha untuk memastikan Family Day ini BERKESAN. Misi kami mengeratkan ukhwah dikalangan peserta, bukannya bercuti bersama para peserta.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada para peserta yang memberikan kerjasama 200% terhadap Family Day kali ini. Tidak lupa juga kepada Bean, Peja dan Atin. Anda semua wajar diberikan berkalung-kalung penghargaan atas kejayaan Family Day di Lubuk Timah ini. Jadi adalah amat diharapkan, selepas ini ahli-ahli department dapat melakukan tugas yang diberikan dengan baik setelah hubungan sesama kita kian kukuh dan mesra. Jumpa lagi!
To view pictures click here .














23 Feb 2008 at 5:52 pm
all the best for family day
23 Feb 2008 at 6:30 pm
Jgn lupa bawa kamera!
24 Feb 2008 at 2:41 pm
byk la ulu chepor
mne hala ntah diorg bwk kitorg
ish ish
*geleng kepala
25 Feb 2008 at 11:40 am
best gilak!!!jom pegi lg jom2!!
25 Feb 2008 at 7:45 pm
Gosh internet is too slow.We will post the pictures for the family day in this week and you guys better stay tuned.
@ema: haha tu la dlm ladang kelapa sawit mne hala tah. ema sori ur cam kne air
ema’s respond: not mine though…seb bek xjadi pa-pe..
25 Feb 2008 at 10:22 pm
Kepada sesiapa yg nk comment pictures tu. sile lah register flickr dlu. sape ade Yahoo account, boleh by pass registration. Sekejap je.
29 Feb 2008 at 8:50 am
thanks alot kpd yg memberi kerjasame…teng2..best kan kan? ++ ex-pnp join..mmg meriah banget…kpd sape nk komen pape n ckp pape sile2 la…xmarah pon..nant boss saye AZmeL Zaa akn uplod sal family day nh dgn lebey detail..TUNGGU!!!!!
01 Mar 2008 at 5:44 am
yelah..mmg best. nnti aku akan upload detail pasal familyday.
objektif kita nk eratkan hubungan supaya mudah utk bekerjasama kemudian hari.
masa pendek,bajet kecik,pengisian sempoi.
tp yg paling mahal ialah usik mengusik dikalangan members.
Aku akn wat repot ala-ala cerita nnti.
wat masa sekarang ni bz cket. Ok? Stay tuned!
Azmel Kamarudin
.Puyol.
01 Mar 2008 at 1:21 pm
baik encik puyol
kami di sini akan sentiasa menanti report yg gilang-gemilang itu….
03 Mar 2008 at 1:14 am
wahahha pecah perot aku bace report ko puyol..da jadik cam pakcik lam seekers tu..cume pakcik tu cam wat cite seram ko wat cite besuka ria..seyesly klakar…adoih!!!sakit perut ketawa!!
anyhoooo.u rawks man!!PnP rawks!![hatiku ttp di PnP wlpon diri ini bukan lg PnP]..
03 Mar 2008 at 7:17 am
er…nih report ke lawak jenaka??
agak berlainan ye dari yg lain….
tapi xpe…mission tercapai ye wahai encik puyol
04 Mar 2008 at 7:51 am
klakar lah kamu ni encik vuryoul.terlalu byk unsur2 humor yg diseltkan yg tlh berjaya menarik minat pembaca. 2 thumbs up kepada comitee2 familayday tersebut, Vuryoul,BEan,Peja n Atin.. Harap2 aktivit sebegini dapat dteruskan lagi supaya dapat menacapai misi dan visi pnp yec utp. Penghargaan kepada ahli2 comitee yg baru n yg lame yg menyertai famly day ni krana kerjasama anda.anda mmg sempoi dan smart. all the best n gambate!
08 Mar 2008 at 4:46 am
Repot ni bukan untuk lecturer baca emma. Dats y la gini gayenyer. Just for fun meh.. bahan baca for our commitee members. To pnp commitees, especially subdept aku, buat keje bebaik yea. Anda2 ni sume pnp punye future potential. Buktikan. (pehal aku sies sangat??)