Hi dan salam,
Hari ini saya ingin mngupas mengenai beberapa website untuk anda walaupun saya tidaklah begitu mahir dalam bidang entrepreneur ini tetapi apa salahnya kita berkongsi pendapat.
Jika kita perhatikan definisi usahawan (entrepreneur) dan ahli perniagaan (business person) adalah berbeza. Hasil dari pembacaan saya, seorang entrepreneur juga adalah seorang business person tetapi seorang business person tidak semestinya seorang entrepreneur berdasarkan prinsip-prinsip asas masing-masing yang berbeza.
Bagi saya, entrepreneur lebih berfikiran creative serta innovative dalam memasarkan produk dan servis mereka berbanding business person yang hanya mahu target keuntungan tercapai. Sebagai contoh, seorang yang menjual pisang goreng sahaja boleh dikatakan seorang business person (sesiapa yang tahu berjual-beli boleh dikatakan business person) tetapi apabila penjual pisang goreng ini mahu memasarkan pisang gorengnya secara meluas melalui kaedah-kaedah yang lebih creative seperti melalui internet dan sebagainya, secara tidak langsung dia digelar entrepreneur. Sebab apa? Sebab dia bekerja lebih daripada peniaga pisang goreng lain.
Kesimpulannya, entrepreneur adalah golongan peniaga yang dedikasi terhadap perniagaannya dengan lebih prihatin terhadap kualiti produk atau servis mereka agar memuaskan semua pelanggannya dan mempunyai target jangka panjang yang berterusan. Bukan hari ini jual pisang goreng, esok tutup kedai bercuti. Kepuasan seorang entrepreneur hadir disebabkan minat (passion) untuk memenuhi kehendak diri yang selari dengan kehendak pelanggan, bukan keuntungan semata-mata. Senang kata, keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab. Oleh sebab minat, mereka melakukan perancangan rapi sebelum berniaga dan persoalan adakah berbaloi kita melabur dalam sesuatu perniagaan akan terjawab berdasarkan logik akal dalam pengiraan pasti akan ada keuntungan jika pulangan modal lebih daripada harga kos. Sebab itu wujudnya business analysist serta pakar perancangan perniagaan yang telah diaplikasikan dalam syarikat-syarikat besar kerana mereka tidak mahu menanggung kerugian besar dalam perniagaan.
Berbalik kepada tajuk sebenar kita, websites review.
Roundneck.com
Beberapa hari lalu, saya sempat berbalas email dengan pihak pengurusan roundneck.com, sebuah web-based company di Malaysia yang memasarkan t-shirt secara online pada harga yang berpatutan (kebetulan saya menjalankan survey harga baju untuk project teeRevolution minggu lepas).
Roundneck.com menawarkan t-shirt tanpa kolar serendah RM8.50 pada kualiti sedarhana -tawaran yang agak menarik serta client service dalam jangka masa 24 jam. Walau bagaimanapun, pemilihan saiz yang agak besar iaitu 32′ lebar menyebabkan saya tawar hati. Tapi saya masih ingin membeli satu helai baju sample dari mereka secara online (Maybank2u). Mana tahu perkiraan mereka salah. haha. Jika diperhatikan pendimensian baju mereka tidak konsisten. Apa yang menarik lagi, mereka menawarkan servis printing, design dan harga pembelian baju tidak dipengaruhi oleh kuantiti baju! Maknanya kalau anda mahu beli satu baju sahaja tanpa design harganya tetap RM8.50.
Saifulsham.com

Apa yang menarik dengan Saifulsham.com ialah website ini diterajui oleh pelajar UTP sendiri dan review ini memang mendapat permintaan ramai terutamanya dari golongan wanita seperti ema (biasa la). Saya memang tidak percaya kita akan mengaut keuntungan melalui internet dengan hanya bergoyang kaki walaupun sudah banyak saya baca artikel-artikel mengenainya di internet. Bagi saya, untuk seseorang itu memanfaatkan internet, apa yang penting adalah melalui skills atau kemahiran yang mereka ada. Saifulsham.com adalah contoh entrepreneur internet yang berjaya dan banyak yang dapat kita timba daripada website tersebut seperti pengalaman dan persoalan-persoalan lazim apabila anda mahu memulakan sesuatu perniagaan. Saifulsham.com turut memasarkan ebook (electronic book) kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai internet business pada harga tertentu seperti khidmat consultancy dan jauh lebih murah dengan syarat mesti rajin membaca :). Dalam era revolusi kini, internet adalah medium terpantas dan paling mudah dicapai oleh semua golongan. Semua orang ingin turut sama mengaut keuntungan melalui internet dan ini menjadikan target group pembekal-pembekal ebook sangat demanding. Membacalah, yang penting lakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum melabur untuk membeli mana-mana ebook.
Baru-baru ini saya terjumpa sebuah blogspot pelajar UTP, adspreneur.blogspot.com yang menawarkan CD kompilasi cara-cara mencari duit melalui adsense dengan harga RM30 (student price). Selain adsense, nuffnang(Malaysia) merupakan advertisement company di Malaysia yang terbesar menawarkan bayaran kepada bloggers berdasarkan berapa banyak klik pada satu-satu website/blog. Ini satu perkembangan positive dan saya mengangap beliau betul-betul komited dengan adspreneur (saya rasa saya kenal beliau ehe). Peluang perniagaan ada dimana-mana sahaja. Tidak salah.
Flisterz.com
Jika anda mempunyai kemahiran lain selain consultancy melalui ebook, banyak alternative lain contohnya seorang web designer seperti flisterz.com, antara orang Malaysia yang menyerlah dalam penulisan blog dan design.
Baru-baru ini arikelnya tersiar di smashingmagazine.com (website antarabangsa yang terkenal dengan review grafik). Tahniah buat beliau . flisterz.com sudah menghasilkan beberapa website antaranya yecutp.com, electrical & eletronics engineering student society, Society of Petroleum Engineers Malaysia Student Chapters, dan beberapa website luar UTP (dirahsiakan) untuk syarikat dan individu. Untuk pengetahuan pembaca beliau sendiri mengeluarkan wang untuk membiayai hosting dan domain bagi website electrical & eletronics engineering student society.
Apa yang menarik tentang beliau ialah sikap passionnya dalam mendalami ilmu website sedikit demi sedikit sejak daripada kecil menjadikan dirinya yang kini dan antara kata-kata beliau yang paling saya minat ialah “Asas untuk menghasilkan website ialah keinginan untuk belajar benda baru bukan semata-mata advertisement, bukan hanya mementingkan wang. Passion akan menentukan continuity sesuatu website agar tidak mati . Tapi tidak dinafikan advertisement adalah penjana utama website “(lebih kurang la. saya tidak mnghafalnya). Kesimpulan, advertisement perlulah dianggap sebagai bonus dan bukan target kepada kita. Kalau website bagus, secara automatik page view tinggi. Sebab apa saya katakan begitu? Kerana website adalah barang dagangan kita dan bukannya advertisement.
Sampai di sini sahajalah kita pada kali ini. Jumpa lagi minggu hadapan. Mana tahu ada post menarik. Dalam post akan datang, akan saya terangkan bagaimana hendak membeli hosting dan domain. Sebelum itu tahukah anda apa itu hosting dan domain?
P/S: Kami kekurangan penulis dan website maintainer. Kalau ada mana-mana penulis yang berminat menulis artikel atau review silalah klik site admin button di penjuru bawah kanan dan register dengan kami.
hasil nukilan:
amer
SIFE UTP, Malaysia.










02 Apr 2008 at 9:07 am
enol..kalo dapat comment daripada curix dan kawan die(creator of saiful syam)..dalam post ni would be nice. As u know, curix was once Head of business department for YEC.
Kalo die dapat kan letak link YEC dalam die nye page lagi nice…
02 Apr 2008 at 9:17 am
Saya tak kenal la dia. Haha. Maybe after we modify this website a little bit more then we will try kot.
02 Apr 2008 at 12:44 pm
erm that guy in saifulsham xgrad lagi la my dear..this sem he will be.
and yeah, thanx for mentioning my name. as always. *not*
03 Apr 2008 at 8:30 am
Oh hehe mne la saye tahu. Why dont SIFE invite him to give some simple talk during TiEC. Just a little contribution for non-profit activities.
10 Apr 2008 at 7:34 am
haha..nice idea..ada diketengahkan idea tu???
apada nama die..suda lupe..syazwan kut..die nye nick dalam mirc curix
11 Apr 2008 at 4:01 pm
Aku saje jer bukak dc, ntah macamana tergerak hat nak buka yecutp nye website. Website, ni patut di pomotkan, cuba admin website ni pegi link ni, http://www.digitalpoint.com/tools/ad-network/
Boleh dapat 13 juta backlink ( katanya la ).
Bile backlink tinggi, ranking dalam search engine pun meningkat. Just share the info. Btw, aku dah lama tak update blog….. cube ar tengok2 blog aku tu. Komen sikit, semangat sikit nak buat post baru. http://adsprenuer.blogspot.com
11 Apr 2008 at 11:14 pm
@MRme: Idea for another event if we have passionate member to initiate it.
@Adspreneur: baiklah saya akan lihat website itu